tajuk

TERATAK ILMU...
BAHASA MALAYSIA KSSR SEKOLAH RENDAH
Ilmu tidak akan datang bergolek..jika tidak dicari... Tuntutlah ilmu selagi ada nyawa...

Ahad, 9 Disember 2012

PETUA : ELAK CICAK 'MEMBUANG' MERATA -RATA DI DALAM RUMAH


Hahahaha.. tiba - tiba sahaja hendak kongsi dengan semua mengenai petua ini.. saya dapat dari satu laman tu.. http://www.illustrasiaku.com/petua-elak-cicak-berak-merata-dalam-rumah/.. Rasanya ramai di antara kita yang rumahnya ada cicak, kan..?? cicak ni mana ada tandas... hihihihi.... 

Jom kongsi petua ni..ilmu juga kan... hihihihi (^__^)


"Mula - mula amik telur sebijik dalam peti ais. Pecahkan dalam mangkuk, panaskan api, letak minyak dalam kuali pastu goreng telur tu. Dah siap goreng, makan la telur tuh dengan nasi. Letak kicap sikit, baru sedapp….

Dah kenyang makan nasi, amik kulit telur yang korang goreng tadi, mungkin dah ada dalam tong sampah kemudian basuh bersih2.

Dah siap basuh kulit telur tuh, jemur di bawah sinaran matahari selama 3 hari hingga kulit telur tu betul2 kering.

Bila dah kering, amik kulit tuh dan pecah2 kan dia. Agak2 dalam sebesar duit 1sen. Jangan kecik sangat dan janganlah besar sangat. Sedang2 gitu.

Dah pecah2kan kulit tuh, korang lekatkan rapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana tempat yang selalu encik cicak mengUhUhkan dirinya. Tepi tong sampah ke, bawah meja ke, tepi langsir ke, belakang almari ke, memana jela tempat stratejik yang korang fikirkan perlu.
Dan tunggulah hasilnya. Insyaallah encik cicak dah segan2 nak uh uh kat umah korang lagi. Kalau ter uh uh pun mungkin tak sekerap dan sebanyak macam dulu.

See… senang je kan? Actually tips ni saya dapat dari majalah. Dalam majalah tu cakap, cicak ni alergik dengan mineral kulit telur. Bila dia nampak banyak kulit telur dalam rumah korang, sure dia lari ke rumah jiran."

*hahaha.. suka la baca.. tergelak terus saya.. jom la kongsi petua ni.. dan...selamat beramal... (^__^)


RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR BM Tahun 2, 2012

Khamis, 29 November 2012

PERSEMBAHAN HARI KANAK - KANAK TAHUN DUA


NANCY SINATRA - THE BOOTS ARE MADE FOR WALKING
Penglibatan murid tahun 2 semasa persembahan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Dilatih sepenuhnya oleh saya. Kalau hendak tahu waktu ini kandungan saya berusia 5 bulan. Lepas ni jangan tanya kenapa anak no 3 ni suka menari. Hehehehehe... saya cuma sempat melatih mereka dalam sehari sahaja... sebabya, hari - hari sebelum itu..penuh dengan aktiviti lain... 4 orang murid dari kelas saya (2 Kreatif), seorang dari kelas 2 Inovatif.. (2 dari kanan..)

maaflah, video ini tidak dapat dirakam sepenuhnya.. sebabnya, hanya saya seorang sahaja yang handle mereka.. dari naik pentas sampe la pasang muzik... PA sistem pula ada masalah ketika itu... jadi ambil masa sedikit lah pada PA sistem.. jadi, tidak dapatlah saya rakam dari awal... kecewanya hati... (,")

LATIHAN BAND 4

HARI KANAK - KANAK 2012 (2 KREATIF)

Setiap tahun saya akan buat Sambutan Hari Kanak - kanak untuk kelas saya dengan meriah.. biar mereka akan kenang setiap tahun.. ibu bapa mereka juga sporting.. sponser makanan banyak - banyak.. sampai tak termakan anak - anak murid saya ni... kebiasaannya, saya tak makan sangat makanan - makanan yang terhidang tu.. sebab bagi saya..itu makanan untuk anak - anak didik saya.. biarlah mereka habiskan.. kalau dah tak habis makanan - makanan tu, saya tunggu cikgu - cikgu yang lalu..saya akan panggil..dan sedekahkan.. sebelum itu, sedikit makanan akan saya bungkuskan dan minta ketua kelas saya hantar kepada cikgu - cikgu yang mengajar mereka..tanda terima kasih.. lepas itu, kalau makanan - makanan itu tak habis jugak, saya tunggu murid - murid kelas/ tahun lain lalu.. (mereka pasti lalu punya..sebab mereka tahu, kelas 'cikgu malis' setiap tahun banyak makanan.. ) hihihhi.. saya akan panggil mereka..dan suruh habiskan.. itu lah saya... (^__^)

jom tengok gambar - gambar yang sempat saya tangkap.. tak banyak pun kali ni.. layaaaannnnnn....


Ini Hazim..(pakai tie biru muda) Ketua kelas 2 Kreatif... 2 tahun dah saya lantik dia menjadi pembantu saya.. sangat bertanggungjawab.. tapi selalu juga kena bebel dengan saya..hiihihih.. untuk tahun depan, saya sudah hantar nama dia untuk dilantik menjadi pengawas sekolah pula.. nampaknya masa temuduga dengan guru pengawas hari tu, dia berjaya.. alhamdulillah.. harap dia bertanggungjawab dan kekalkan prestasinya lah... (^__^)

Yang seorang lagi tu, namanya Afiq.. orangnya nampak pendiam... tapi rupa - rupanya depan saya sahaja dia pendiam..dan sentiasa tersenyum... disebalik perwatakannya itu, saya diberitahu bahawa dia seorang yang suka kontrol kawan - kawan... dalam kelas rupanya dia seorang 'ketua'... dan ramai pengikut... hrmm... entahlah... (^__^)


Ini pula sebahagian makanan yang sempat saya ambil gambarnya... meja ni panjang lagi sebenarnya.. penuh dengan makanan... anak - anak saya tu sedang menjamu selera dengan nasi ayam dan ais krim.. jadi, makanan yang lain belum lagi la disentuh...


Masing - masing ambil tempat yang selesa untuk menjamu selera... sampai tak perasan yang saya sedang ambil gambar mereka.. kalau mereka nampak saya ambil gambar mereka (guna telefon bimbit)..mereka pasti menjerit...malu...hihihihihi (^__^)


Murid - murid India ni satu kumpulan... sukar dipisahkan.. sejak dari Tahun Satu lagi... dari kiri : Anne, Jeevan, Catherine, Dishalini dan Evaan... sebenarnya ada lagi murid india dalam kelas saya ni..tapi mereka sedang makan bersama - sama dengan murid Melayu... (^__^)

Anne dan Catherine ni pakai baju lawa sebab baru lepas buat persembahan... tarian... di dewan... saya ajar... ada 3 orang lagi sebenarnya.. dan ketiga - tiganya murid perempuan Melayu... (tak ambil lah pula gambar mereka...)...



Selasa, 27 November 2012

CERITAKU 2 : LAJUNYAA....!!

laju pula internet ni... oh, patutlah...!!! sudah pukul 4.00 pagi rupanya.... maknanya internet laju dari pukul 3.00 pagi tadi la... aduh, takkan nak upload bahan time2 macam ni.. tak tidurlah jawabnya... (T__T)

LATIHAN : BAND 4

LATIHAN ISI TEMPAT KOSONG : B4DT1E1
Lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan yang sesuai. 

·      mutu sesuatu barang

·      menyertai kelab

·      harga semasa

·      cara – cara untuk membeli

·      penipuan para peniaga

·      Kelab Pengguna


          Sekolah Borhan telah menubuhkan Kelab Pengguna pada awal Januari 2012. Borhan dan rakan – rakannya telah ____________________  ini. Pelbagai manfaat yang diperolehi dengan menyertai kelab tersebut.
          Borhan diberi penerangan tentang ____________________ sesuatu barang. Selain itu, kelab ini menjaga kepentingan ahli – ahli supaya tidak menjadi mangsa ____________________ . Borhan dan rakan – rakannya digalakkan supaya melaporkan sebarang penipuan yang dilakukan oleh peniaga kepada ____________________ .
          Kelab Pengguna turut menyebarkan maklumat tentang ____________________ . Di samping itu, Borhan memperoleh maklumat tentang ____________________ .

LATIHAN BINA AYAT : BAND 5


LATIHAN BINA AYAT : B5DT1E2
Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi. 

  • bermain bola.
  • mengambil cawan untuk diletakkan di atas dulang.
  • membasuh pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki.
  • membelah buah tembikai untuk dijadikan pencuci mulut.
  • menyeduk lauk pauk untuk dihidang makan tengah hari bersama keluarga.

1. Ayah sedang _________________________________________________________

2. Ibu sedang _________________________________________________________

3. Kakak sedang _________________________________________________________

4. Abang sedang _________________________________________________________

5. Adik sedang _________________________________________________________

LATIHAN TANDA BACAAN : BAND 6


LATIHAN TANDA BACA : B6DB1E1
Tulis semula petikan di bawah dengan meletakkan huruf besar dan tanda baca di tempat yang betul.

          lukman hakim mula menceburkan diri dalam sukan olahraga sejak berumur 10 tahun lagi (     ) dia mendapat dorongan yang kuat daripada keluarganya (     ) menurutnya (     ) dia menyertai olahraga kerana minatnya yang mendalam serta ingin menjadi peserta olahraga yang terkenal suatu hari nanti (     ) kesungguhan lukman hakim menjadi kenyataan apabila dia muncul sebagai juara dalam kejohanan olahraga peringkat daerah subang jaya bawah 12 tahun (     )

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SILIBIN, IPOH BAGI TAHUN 2012 (RUMAH HIJAU / BIRU / MERAH)






RUMAH HIJAU : ini maskot Ninja Turtle bersama pemegang sepanduk.. apa temanya pun saya kurang pasti... ada yang cakap Snow White ????? entah lah.. tapi yang pasti, sangat kreatif dan cantik.. cikgu yang menghasilkan idea ini kalau tidak silap saya adalah Puan Vasantha.. dia memang kreatif pun..  (^__^)


Ini pula pasukan perbarisan rumah hijau.. tema mereka adalah Ninja.. memang menarik, kan...



RUMAH BIRU : Ini adalah maskot dan pemegang sepanduk rumah biru. nampaknya maskot mereka adalah rama - rama. saya diberitahu bahawa maskot rama - rama ini hasil tangan dari suami Cikgu Tina dan si maskot ini pula merupakan anak perempuannya (Tahun 3).. so sweet.. si pemegang sepanduk itu pula namanya Syafiqah.. Penolong Ketua Pengawas Sekolah. dia sudah pesan kepada saya "cikgu, jangan upload gambar saya dalam muka buku (facebook) tau..saya malu"... saya jawab "ok".. tapi saya upload dalam blog saya pula... jangan marah cikgu ya Syafiqah... (^__^)


Ini pula pasukan perbarisan rumah biru. maaf, saya tidak tahu tema pasukan mereka... walau bagaimana pun, suatu percubaan yang kreatif..



RUMAH MERAH : Ini adalah maskot dan pemegang sepanduk rumah merah.  maskot mereka merupakan anak murid saya Muhd. Haniff, Kelas 2 Kreatif dan juga merupakan anak Cikgu Khalimatun. dia memakai maskot harimau bintang nampaknya. pemegang sepanduk itu pula adalah Gwen Stefeni.. murid Tahun 6.. seorang pegawas sekolah. orangnya sangat bergaya dan cantik.. (^__^).. oh, ya!! lupa pula.. yang pegang bendera itu merupakan anak Cikgu Jamilah.. kalau tidak silap saya, baju yang dia pakai hasil jahitan ibunya. cantik kan...??



Ini pula merupakan pasukan perbarisan rumah merah. mereka adalah pencabar utama bagi saya (pasukan kuning).. tengoklah pakaian mereka..sangat cantik..!!! saya diberitahu bahawa rumah merah ini banyak dapat sponser luar.. saya tidak tanya pula dari siapa....untungnya... memang padanlah, kerana salah seorang cikgu mereka merupakan seorang datin.. beliau pandai dan rajin mencari sponser.. (^__^).. tengok tu.. ada bidadari pembawa bunga lagi.. serta sepasang pengantin membawa bunga mangga... sangat cantiklah...

HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SILIBIN, IPOH BAGI TAHUN 2012 (RUMAH KUNING)


RUMAH KUNING : Mereka ini orang kuat rumah kuning... apa yang mereka pakai itu adalah hasil tangan saya sendiri.. kecuali bendera, topi si pemegang bendera, seluar angry bird dan sepanduk..(sepanduk punya angry bird, saya yang lakarkan tetapi cikgu lain yang tolong warnakan..)



 Saya sangat sayangkan mereka.. mereka sangat sporting.. terutama yang jadi maskot tu... rasa bangga dengan hasil tangan sendiri.. cantik kan...??? (^___^)



 Pemegang sepanduk ini pemalu sikit orangnya.. (maaf, tak ingat nama..sebab baru seminggu kenal - tak ajar Tahun 6) Orangnya lawa. Murid Tahun 6 (2012).. Baju yang dia pakai tu daripada bendera Perak. Saya jahit ala2 baju kelawar gitu. Topi yang dia pakai pula, adalah topeng angry bird sebenarnya.. diletakkan di atas kepala sebab mata angry bird tu tidak ditebuk lubang.. saja buat begitu.. cantik tak?? Baju tu saya buat dalam pukul 3pg.. topeng angry bird pula dari pukul 8pg - 6ptg (di sekolah)..mujurlah dibantu oleh cikgu ketua rumah sukan kuning di waktu petang (jumaat).. kalau tidak, mesti tidak dapat disiapkan dalam 1 hari untuk 30 topeng..



Maskot ini namanya Zul Fahmi.. Tahun 6 (2012). Saya suka panggil dia Zul sahaja..tapi dia lebih dikenali dengan panggilan Fahmi.. sudah dua tahun saya jadikan dia maskot pilihan saya. sebabnya, dia sangat sporting.. apa yang saya suruh dia buat, dia akan buat mengikut rentak dan arahan saya.. (untuk memikat tetamu ketika perbarisan dimulakan)..saya suruh dia berjoget depan tetamu..dia buat.. saya suruh lambaikan tangan pun dia buat.. saya suruh dia keluarkan bunyi angry bird (macam dalam game) pun, dia buat... memang sporting.. saya sayang murid ini.. (^___^)







Si pemegang bendera ini namanya Malik. Murid Tahun 6 (2012) juga. Orangnya agak sopan dan lemah lembut. tak banyak ragam.. sangat hormatkan cikgu - cikgunya... Murid ini mula rapat dengan saya dari tahun 2010 lagi.. masa pertandingan tarian untuk PBSM..(untuk Hari Ko-kurikulum)..







Inilah pasukan perbarisan rumah kuning... tengok topeng tu... cantik tak...?? penat tahu, buatnya.. (hampir 10 jam termasuk pergi rehat..makan ) rasa macam hendak patah pinggang... huhuhuhu.... tetapi berbaloi... perbarisan rumah kuning dapat JUARA... alhamdulillah... tak sia - sia... (^__^)






Ahad, 11 November 2012

Pak Pandir (versi Indonesia)

Dulu - dulu, masuk perpustakaan..cikgu mesti pasangkan cerita - cerita Pak Pandir seperti ini. Diharapkan di zaman moden ini, cerita - cerita sebegini tidak dilupakan...

Arnab yang Sombong

Gagak yang Bijak

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

CERITAKU : Hujan Oh Hujan

Sudah beberapa minggu di kawasan saya asyik hujan sahaja. Balik sekolah hujan. Cuti sekolah pun hujan juga. Sudah banyak kali saya hendak upload bahan. Taip banyak - banyak. Hendak masukkan video pun susah. Asyik loading sahaja. Asyik keluar ayat ini :
 
"An error occurred while trying to save or publish your post. Please try again. Ignore warning"

Bila dapat buka blog, mesti tak keluar habis. Masa semakin suntuk. Susahnya hati.. Bila buka blog berjam -jam lamanya, pasti ditutup blog ini dengan perasaan hampa. Sangat penat menunggu. huhuhuuhuu....

Hujan Oh Hujan..berilah ku peluang... Untuk memperjuangkan ilmu ini. Agar dapat disiapkan sepenuhnya. Agar ku berpuas hati dengan hasil kerja ku selama ini. Ya Allah, permudahkanlah kerjaku ini... Amiiiinnn... (-____-)

Selasa, 6 November 2012

TANDA BACAAN

1. Tanda bacaan digunakan di dalam ayat untuk memberi peringatan kepada pembaca tentang cara pembacaan yang perlu dilakukan.

2. Contoh tanda bacaan :
  • Tanda noktah - (.)
  • Tanda soal - (?)
  • Tanda seruan - (!)
  • Tanda koma - (,)
  • Tanda sempang - (-
3. Contoh penggunaan tanda bacaan dalam ayat :

TANDA NOKTAH (.)
  • Emak sedang memasak nasi di dapur.
  • itu Doktor Diana.
  • Ahli pasukan bola sepak itu ada sebelas orang.  



TANDA SOAL (?)
  • Apakah nama burung itu ?
  • Bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku ?
  • Siapakah yang sedang bermain congkak itu ?   


 TANDA SERUAN (!)
  • Oh, kamu rupanya !
  • Aduh, sakitnya perutku !
  • Wah, harumnya bau bunga ini !




 TANDA KOMA (,)
  • Emak pergi ke pasar membeli ikan sembilang, sayur kangkung dan ubi keledek.
  • Raziq, Siva dan Haw Siew How merupakan sahabat baik. 
  • Jarum, paku dan pin melekat pada magnet. 



 TANDA SEMPANG (-)
  •  Hari ini ulang tahun Aryani yang ke - 8.
  • Kita dilarang menggunakan kata - kata kesat.
  • Peniaga itu menjual bermacam - macam jenis sayuran.

KATA KERJA

KATA KERJA

1. Kata kerja digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau binatang.

2. Contoh kata kerja :

 Shahrul sedang membakar sampah yang banyak itu.




Rudy dan Zainal berkhemah di tepi pantai.



Hazim melekatkan gambar itu di dalam buku.



 Mak Limah sedang menganyam tikar.




 Dania dan Mei Ling dijemput oleh Cassandra untuk meraikan majlis hari lahirnya.



 Penunggang motosikal itu terlanggar seekor anjing.


Khamis, 1 November 2012

TATABAHASA

UNIT 1 : KATA NAMA AM

 1. Kata nama am digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan, benda dan tempat secara   umum.

2. Contoh kata nama am :


  • Manusia
             
 ahli bomba




doktor




cikgu



  • Haiwan


kucing




gajah



harimau


  • Benda

baju kemeja



serban



helikopter

Rabu, 31 Oktober 2012

BLOG ILMU YANG PERTAMA

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua..

Terima kasih kerana sudi menjenguk @ like @ jadi follower blog saya ini. Ini merupakan blog pertama saya yang saya buat khas berkaitan dengan ilmu pendidikan terutama untuk Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR (Sekolah Rendah)

Sebelum ini, saya telah pun ada dua blog yang berkaitan dengan diri saya. Tetapi sudah hampir 4 tahun saya tidak aktifkan blog tersebut kerana mendapat gangguan (kena hack).

Kini, dengan adanya kerja kursus ini..saya akan cuba kembali berblog. Dan sekembalinya saya dengan berblog ini..saya akan lebih mengutamakan tentang subjek yang saya ajar terutamanya Bahasa Malaysia.

Akhir kata, sudi - sudikanlah menjenguk blog saya yang tidak seberapa ini dan marilah menjadi follower saya.

Dan komen - komen anda sangatlah saya alu - alukan demi penambahbaikan.

p/s : Jika bahan yang saya paparkan di sini merupakan bahan yang saudara / saudari cari..silakan ambil... Saya halalkan dunia akhirat (^___^)